Monday, July 19, 2010

The making of Far East Bakery

Sibuk la konon tu
Macho ker?...ermm pleaseeeee
Uihh berat tuu...
Go abe fadzli go..chaiyok2
Ya Allah waktu ni debu 4 inchiiii ashiiimmm

Mula Far East Bakery di UPM kemudian ke UKM, macam-macam kami dah tempuh..tempoh 2 tahun ini mematangkan perjalanan Far East Bakery..." teringat lagi statement pertama keluar dari Fadzli bila impian kami nak buka bakery hampir-hampir tercapai " Kalau ada rezeki la kita buka bakery ini abang akan pastikan roti yang kita jual mesti sama dengan roti yang kita nak makan..maksudnya: kita kalu makan mesti nak sedap, yang sedap itu juga kita perlu sajikan kepada kita punya pelanggan.....kata fadzli lagi: seronok kalau kita boleh gajikan orang..sekurang-kurangnya kalau tak untung sangat pun kita dapat pahala..moga 'impian kecil' ini Allah izinkan....wlpn ikut hukum bisnes impian ini mungkin agak tertinggal...

Sudah 2 tahun lebih berlalu..alhamdulillah Far East Bakery sudah berpindah di Teras Jernang..tempat yang lebih besar...terbuka sikit minda untuk berkreativiti tentang roti-roti ini. Far East Bakery sudah ada 6 staff. Kepada Chef Not, Kak Ema, Haris, Hani, Zambri n Popi thanks kerana tulang tulang 4 kerat u all semua sama-sama menyokong impian kecil ni..

Cuba belajar untuk menilai kejayaan satu-satu bisnes bukan hanya pada $, untung, rugi, gaji tetapi keberkatan hidup kita dengan bisnes ini...layan sekejap lagu ini...

Peruntukkan secebis dari masamu nan terluang
Mengimbasi kembali suka duka masa nan silam
Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang
Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan

Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keupayaan diri
Tiada yang mustahil dihadapi

Demikian kebalnya ikatan kita
Demikian eratnya jalinan rasa
Keyakinan diiringi doa
Begitu percintaan kita
Sebati dengan cita-cita
Merancang kehidupan hari muka

Aku gembira menyaksikan
Kau beroleh kejayaan
Dulu di kaki tangga
Kini di menara - ermm tak la menara sgt pun hee

Jangan kau lupa masa silammu
Dan mereka yang membantu
Moga tak kau abaikan
Amanah dan kewajipan

Penyanyi: Fauziah Latiff
Tajuk Lirik Lagu: Dari Kaki Tangga Ke Menara

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Quotes

The secret of success is the constancy of purpose

 

FAR EAST BAKERY | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates