Monday, July 19, 2010

Masih Mendeco lagi

Acehh rajin tu tokey kita ehe
View dari belakang ke hadapan bakery
Jeng jeng ini ler rak2 rotinya

Belon..belon

Nyum nyum


Pinggan mangkuk ini kami beli waktu lelongan besar-besaran di Amcorp Petaling Jaya




The making of Far East Bakery

Sibuk la konon tu
Macho ker?...ermm pleaseeeee
Uihh berat tuu...
Go abe fadzli go..chaiyok2
Ya Allah waktu ni debu 4 inchiiii ashiiimmm

Mula Far East Bakery di UPM kemudian ke UKM, macam-macam kami dah tempuh..tempoh 2 tahun ini mematangkan perjalanan Far East Bakery..." teringat lagi statement pertama keluar dari Fadzli bila impian kami nak buka bakery hampir-hampir tercapai " Kalau ada rezeki la kita buka bakery ini abang akan pastikan roti yang kita jual mesti sama dengan roti yang kita nak makan..maksudnya: kita kalu makan mesti nak sedap, yang sedap itu juga kita perlu sajikan kepada kita punya pelanggan.....kata fadzli lagi: seronok kalau kita boleh gajikan orang..sekurang-kurangnya kalau tak untung sangat pun kita dapat pahala..moga 'impian kecil' ini Allah izinkan....wlpn ikut hukum bisnes impian ini mungkin agak tertinggal...

Sudah 2 tahun lebih berlalu..alhamdulillah Far East Bakery sudah berpindah di Teras Jernang..tempat yang lebih besar...terbuka sikit minda untuk berkreativiti tentang roti-roti ini. Far East Bakery sudah ada 6 staff. Kepada Chef Not, Kak Ema, Haris, Hani, Zambri n Popi thanks kerana tulang tulang 4 kerat u all semua sama-sama menyokong impian kecil ni..

Cuba belajar untuk menilai kejayaan satu-satu bisnes bukan hanya pada $, untung, rugi, gaji tetapi keberkatan hidup kita dengan bisnes ini...layan sekejap lagu ini...

Peruntukkan secebis dari masamu nan terluang
Mengimbasi kembali suka duka masa nan silam
Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang
Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan

Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keupayaan diri
Tiada yang mustahil dihadapi

Demikian kebalnya ikatan kita
Demikian eratnya jalinan rasa
Keyakinan diiringi doa
Begitu percintaan kita
Sebati dengan cita-cita
Merancang kehidupan hari muka

Aku gembira menyaksikan
Kau beroleh kejayaan
Dulu di kaki tangga
Kini di menara - ermm tak la menara sgt pun hee

Jangan kau lupa masa silammu
Dan mereka yang membantu
Moga tak kau abaikan
Amanah dan kewajipan

Penyanyi: Fauziah Latiff
Tajuk Lirik Lagu: Dari Kaki Tangga Ke Menara

Wednesday, June 2, 2010

BTN....UPM..



Mula dari 27 Mei hingga 30 Mei Far East Bakery dipertanggungjawab untuk bekalkan 4000 biji bun/mini kek setiap hari kepada satu program yang dianjurkan oleh BTN di Universiti Putra Malaysia....alhamdulillah minggu ni bersambung lagi tanggungjawab tu, tp hanya untuk 1000biji bun/mini kek sehari sahaja. Buat staff Far East Bakery..terima kasih dan moga tanggungjawab ini menjadi ibadah..

Wednesday, May 19, 2010

TARTS






Banyak tak semestinya lebih. Tart2 comel ini tidak kurang dari segi rasanya. Far East Bakery menyediakan beberapa jenis tart seperti blueberry cheese tarts, fruit custard tarts, vanilla custard tarts dan chocolate belgium tarts.

Belgium Choc Tart mesti akan memuaskan hati penggemar choc. Cairan Belgium button Choc bersama fresh milk itu akan menyebabkan tarts kecil ini akan mewah dengan rasa choc. Ermm Luxurious bites

Fruit custard tarts 'cute' apabila custard tart itu dihias dengan buah-buahan segar seperti strawberry, peach, kiwi...



Friday, April 16, 2010

BREAD PUDDING

Bread Pudding' dari Farest Bakery...mewah dengan rasa. Resepi ' Bread pudding' ini adalah gabungan tradisional dan moden. Kebanyakkan kita 'Bread Pudding' boleh menjadi nostalgia bilamana bau bauan roti bakar yang disalut 'butter' , 'fresh milk dan vanilla mungkin masih segar dalam ingatan kita . Kini taburan 'golden raisins atau kurma menjadikan 'Bread Pudding' ini pandai mengikut zaman...

Friday, April 9, 2010

SELAMAT HARI JADI..NANA & ADAM




Selamat Hari Jadi buat Nana yang ke- 6 dan Adam yang ke-5. Semoga anak-anak ini menjadi anak2 yang soleh dan solehah buat ibu dan ayahnya. Kek Blueberry ini di intikan dengan blueberry dan belgium coklat.

Wednesday, April 7, 2010

Cream Puff
















Masih mengekalkan kesegaran 'fresh milk' dan vanilla, Cream Puff ini merupakan produk terbaru Far East Bakery dan kini cukup mendapat sambutan Alhamdulillah..Inti vanilla yang sejuk itu pasti akan membawa peminatnya kembali ke sini...we are not just a bakery, we bake your memory..

Sekali sekala mengubah menu hi-tea rasanya ok jugak...inti vanilla cream puff ini kadang-kadang rasa mcm kita menikmati ice cream..yummy yummyy..



Related Posts with Thumbnails

Quotes

The secret of success is the constancy of purpose

 

FAR EAST BAKERY | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates